Tuesday, October 28, 2008

Berkongsi "Colonoscopy" Story

Sekadar berkongsi cerita sessi colonoscopy saya untuk sessi ketiga.
Bermula 12.00 tengahari dah kena puasa makan.
21 October , jam 7.00 malam , memulakan meminum Phospho-soda , air paling tak sedap saya minum sepanjang hidup saya..
Jam 9.00 malam , selepas solat Isyak , tindakbalas bermula
Keluar masuk bilik air macam orang kena cirit birit
Langsung tak boleh tidur malam
Jam 6.00 pagi , selepas solat subuh , terpaksa meminum 1 botol lagi Phospho-soda , itupun saya minum separuh cawan je
Rasa macam nak muntah dah waktu tu…
So jam 7.30 mandi and menuju ke Serdang hospital.
Daftar dan ditempatkan dikatil 20
Lama gak menunggu , around 10.30 nama saya dipanggil untuk masuk ke bilik colonoscopy.
Bila nak pasang IV Line kat tangan kiri saya , sekali jururawat tu kata doctor yang patut buat procedure untuk saya tu kena masuk OT – Operation Theatre
So saya kena tunggu doctor lagi sorang habis buat procedure untuk pesakit lain dulu..
Saya dimaklumkan oleh jururawat , doctor nie doctor baru..
Lama saya tunggu , dalam pukul 11.30 baru doctor tu masuk dan saya telah disuntik bius..mula khayal
Tapi tiba-tiba saya rasa sakit sangat bila kamera tu berjalan dalam usus saya , selalu tak macam nie pun
Saya menggigil menahan kesakitan yang amat sangat , at the end saya disuntik sekali lagi bius
Waktu tu saya dah mamai habis , nak tgk usus dalam kamera pun saya tak ingat dah…
Yang saya sedar dah kat atas katil..
Bila saya nak balik , nurse xbg cause saya dtg drive sendiri – taknak susahkan orang
Maka terpaksalah saya call kawan saya bagi menyakinkan nurse yang ada orang jemput ,
Selagi nurse tu tak tengok muka kawan saya tu , dia takkan benarkan saya keluar dari wad…
So bila kawan saya sampai kat wad , barulah saya dibenarkan keluar dan saya ambik risiko sendiri dengan memandu pulang.
Memang terasa kesan bius saat tu , tp saya gagahi juga…
Sampai rumah , letak je kepala kat bantal , pengsan sampai ke petang….
On the next day , saya ambik cuti coz nak regain my energy , at the same time saya needed to start my puasa Syawal coz dah 23 Syawal
So semalam saya mulakan puasa Syawal dan akan tamat pada 29 Syawal(moral of the story : Jangan tangguh-tangguh puasa Syawal)
So maybe next year , saya akan jalani kembali procedure nie…
Saya akan ke hospital serdang semula , 3 bulan selepas tarikh colonoscopy kelmarin.

0 comments: